2. ada jugak yang terus menyemai dalam tray 104 lubang tu. boleh jugak,takder masalah tapi lambat lah sikit bercambah dan ada kemungkinan benih yang kita semai tadi tak bercambah 100%. mungkin masa kita menyemai tu,kita siram terlalu basah.jadi ada benih yang busuk.
3. cara yang saya gunakan ialah mencambahkan benih guna tuala basah. biasanya guna tuala good morning. kalau pakai tuala good bye,memang tak jadilah.apa lagi tuala wanita.hehe.
contoh benih rock melon.
4.okey,mula-mula kita rendam semua biji benih tadi kedalam bekas. tak kisah lah bekas apa,dalam jag pun ok.
biarkan selama sejam. proses ni membantu mempercepatkan lagi biji benih tu bercambah.
rendamkan tuala. takyah lama-lama,cuma nak basahkan aje.
. dah rendam biji benih tadi,letakkan dia atas tuala yang dibasahkan tadi. susun lah elok-elok.
. lepas tu tutupkan biji benih tadi. simpan kat tempat gelap dan biarkan tuala dalam keadaan lembap. dalam tempoh 24 jam,cubalah tengok ada bercambah atau tidak. kalau tak,biarkan lagi sehari. tapi pastikan tuala tu lembap,jangan kering pulak.kalau dah start kering,renjis-renjis la tuala tu bagi basah sikit.
No comments:
Post a Comment