Monday, January 16, 2012

majlis penganugerahan sijil Salm

alhamdulillah,akhirnya pada tarikh 22 disember 2011,bertempat di bangi.kebun hafiz telah berjaya mendapat sijil Salm untuk tempoh sehingga 2013 bagi tanaman tomato ceri dan rock melon. proses mendapatkan sijil salm ini mengambil masa lebih kurang setahun,terima kasih kepada pegawai-pegawai dan pemantau yang memberi komitmen dan membantu peserta.

SALM ialah satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan.

Skim ini berpandukan kepada Standard Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan berdasarkan kepada Malaysian Standard MS1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice (GAP).

Elemen-elemen pensijilan SALM :
  1. Kebolehkesanan
  2. Penyimpanan Rekod Dan Audit Dalam
  3. Bahan Tanaman
  4. Sejarah Dan Pengurusan Tapak
  5. Pengurusan Tanah Dan Media
  6. Pengurusan Baja
  7. Pengairan Dan Fertigasi
  8. Perlindungan Tanaman
  9. Penuaian
  10. Rawatan Pascatuai
  11. Analisis Hasil
  12. Pengurusan Sisa Ladang
  13. Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja
  14. Pengurusan Alam Sekitar
  15. Rekod Aduan
  16. Perundangan

sapa yang dapat sijil Salm ni boleh dapat harga yang tinggi untuk pasaran?




antara peserta yang mendapat sijil Salm/som


peserta dari negeri selangor


No comments:

Post a Comment