Monday, January 9, 2012

rancangan tanaman rock melon autoport 2012

tapak sudah dibersihkan,sekarang saya bercadang untuk memulakan projek tanaman rock melon menggunakan sistem autoport. sebelum ni,kita gunakan autoport tanpa menggunakan media tanaman,hanya air semata-mata. jadilah seperti penanaman hidroponik dalam skala besar. ( semuanya ada 2700 autoport). walaumacamana pun berlaku sedikit masalah bila cuaca terlalu panas,akar yang memenuhi ruang autoport akan layu dan melemahkan pokok.tapi yang bagusnya kadar penyerapan baja memang baik.

selepas tamat musim,kita ubah sistem autoport tersebut dengan menggunakan cocopeat sebagai media tnaman. cocopeat dimasukkan kedalam polibeg,dan dimasukkan kedalam autoport. jadi macam autoport fertigasi lah plak.dengan tujuan supaya akar pokok tak layu bila cuaca panas. hasilnya kurang memuaskan sebab ph tinggi dan kadar serapan baja tak sekata.



jadi untuk kali ini.kita akan gunakan sistem asal autoport yang menggunakan batu bata yang dipecahkan sebagai media tanaman. setiap autoport memerluka lebih kurang satu batu setengah,dipecahkan kecik2 dan dimasukkan kedalam autoport. sebelum ni masa pakai bata mcm tak ada masalah sangat,walau macamanapun,kita tgklah perkembangan pokok melon ni bila menggunakan sistem yang asal. sistem cerita lain,soal kawalan penyakit dan serangga pun isu yang lain. kadang-kadang tough jugak untuk tanam rock melon,mnacam biasalah penyakit pokok melon ni macam thrip,white fly dan lain-lain.



                                                            rock melon autoport
                                                          


tapak disiapkan









No comments:

Post a Comment