Saturday, January 21, 2012

cerita pasal e.m,bakteria berfaedah.

1.sekarang ni dah banyak pun orang yang pandai,dan tahu buat e.m ni. tak mcm dulu,tak ramai orang didedahkan dengan e.m. proses pembuatan nye pun tak ramai yang tau. rumit pun ada jugak,bukan rumit apanya..cuma nak carik bahan-bahan yang jadi masalah.terutamanya bab perut lembu tu.

2. harga e.m ni pun boleh tahan,kalau nak banding dengan dulu lah. ada yang cecah rm40 lebih jugak untuk satu liter tu. sekarang ni dah ramai yang boleh buat e.m ni,kursus pun dah banyak. kursus yang free pun ada jugak terutama daripada jabatan pertanian.

3. macam biasalah e.m ni banyak gunanya. kalau ada sesiapa yang bela lembu ke,kambing ke,ayam ke,cubalah spray em ni kat kandang ternakan. em ni boleh hilangkan bau busuk kat ladang tu. hilang bau taik lah orang cakap.

4. kalau guna kat tanaman pulak,boleh lah dapatkan hasil yang lebih baik. terutama kalau sembur kat tanah,macam baja kompos jugak. em ni bertindak sebagai booster dan membuatkan tanaman lagi subur.

5. antara kelebihan e.m ni adalah :

Aplikasi Kepada Pertanian

  • Mengurangkan kos pertanian
  • Tanaman boleh dituai awal
  • Mengeluarkan hasil dengan kuantiti yang banyak
  • Mengeluarkan kualiti yang bermutu tinggi
  • Tiada keracunan pada hasil tanaman
  • Menambah kebolehan bahan organik sebagai baja
  • Tanah bertambah subur dari masa ke semasa
  • Menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman(ripening) dalam produk pertanian yang dihasilkan.
  • Meningkatkan kapasiti fotosintesis tumbuh-tumbuhan
  • Menambah keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah
  • Mengurangkan tenaga buruh
  • Tanah yang ada EM memerlukan tilage (penggemburan) dan weeding(pembersihan) yang rendah
  • Membantu pengeluaran nutrien kepada pokok dalam jumlah yang banyak
  • Menambah ketahanan tumbuhan dari serangan serangga dan penyakit
  • Memusnahkan serangga pemusnah dan makhluk perosak
  • Menghentikan proses pengaratan logam lantas mengurangkan kos penyelenggaraan mesin
  • Alam sekitar terpelihara

Aplikasi Kepada Penternakan

  • Mengurangkan bau busuk dalam kandang ternakan dan kolah kumbahan
  • Mengurangkan lalat, kutu dan serangga lain yang merbahaya
  • Meningkatkan kesihatan haiwan ternakan
  • Mengurangkan tekanan pada haiwan
  • Meningkatkan ketahanan kepada penyakit
  • Meningkatkan kualiti produk ternakan
  • Memanjangkan hayat dipasaran
  • Memperbaiki kesuburan
  • EM apabila dijadikan makanan haiwan akan menghasilkan najis yang berkualiti
  • Mengurangkan penggunaan ubatan, antibiotik dan penyah kuman dalam ladang ternakan
  • Mengurangkan stress/tekanan kepada haiwan ternakan, pekerja dan penduduk sekitar

Aplikasi Kepada Akuakultur

  • Mengurangkan pengeluaran kos modal sehingga 50%
  • Memudahkan kultur tanpa menggunakan bahan kimia
  • Udang/ikan lebih segar dan kulit lebih segar
  • Menyah amonia, methane dan hydrogen sulfite
  • Bebas dari penyakit dan mengurangkan kos antibiotik
  • Air menjadi bersih
  • Dapat menjual hasil dengan lebih tinggi (hasil berkualiti)
  • Mengurangkan kekerapan penukaran air
  • Tiada bau lumpur
  • Kurangkan bau hanyir
  • Rasa lebih sedap
  • Memelihara alam sekitar

bukan apa,aku ada gak e.m tu.kot lah kalau ada sesiapa nak order. banyak gak aku buat. aku buat dalam tong biru.biasanya aku sendiri pakai untuk tanaman aku. tapi kalau ada sesiapa nak beli bagitau lah. order je dengan aku.mesej atau email pun ok.






 ini e.m 4. bukan ibu em ye. biasanya ibu e.m orang tak jual. em4 ni kena dialute kan lagi dengan kadar 5ml e.m/1 liter air. tapi kena guna air suling atau air tapis. takleh guna air paip. banyak klorin..hehe.

harga

1. 500 ml / rm 15.00
2. 1 liter / rm 25.00
3. 5 liter / rm 100
5. 100 liter /rm 2000.


kadar bancuhan e.m :

5 ml e.m / 1 liter air tapis.

No comments:

Post a Comment