Saturday, January 21, 2012

cerita pasal e.m,bakteria berfaedah.

1.sekarang ni dah banyak pun orang yang pandai,dan tahu buat e.m ni. tak mcm dulu,tak ramai orang didedahkan dengan e.m. proses pembuatan nye pun tak ramai yang tau. rumit pun ada jugak,bukan rumit apanya..cuma nak carik bahan-bahan yang jadi masalah.terutamanya bab perut lembu tu.

2. harga e.m ni pun boleh tahan,kalau nak banding dengan dulu lah. ada yang cecah rm40 lebih jugak untuk satu liter tu. sekarang ni dah ramai yang boleh buat e.m ni,kursus pun dah banyak. kursus yang free pun ada jugak terutama daripada jabatan pertanian.

3. macam biasalah e.m ni banyak gunanya. kalau ada sesiapa yang bela lembu ke,kambing ke,ayam ke,cubalah spray em ni kat kandang ternakan. em ni boleh hilangkan bau busuk kat ladang tu. hilang bau taik lah orang cakap.

4. kalau guna kat tanaman pulak,boleh lah dapatkan hasil yang lebih baik. terutama kalau sembur kat tanah,macam baja kompos jugak. em ni bertindak sebagai booster dan membuatkan tanaman lagi subur.

5. antara kelebihan e.m ni adalah :

Aplikasi Kepada Pertanian

  • Mengurangkan kos pertanian
  • Tanaman boleh dituai awal
  • Mengeluarkan hasil dengan kuantiti yang banyak
  • Mengeluarkan kualiti yang bermutu tinggi
  • Tiada keracunan pada hasil tanaman
  • Menambah kebolehan bahan organik sebagai baja
  • Tanah bertambah subur dari masa ke semasa
  • Menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman(ripening) dalam produk pertanian yang dihasilkan.
  • Meningkatkan kapasiti fotosintesis tumbuh-tumbuhan
  • Menambah keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah
  • Mengurangkan tenaga buruh
  • Tanah yang ada EM memerlukan tilage (penggemburan) dan weeding(pembersihan) yang rendah
  • Membantu pengeluaran nutrien kepada pokok dalam jumlah yang banyak
  • Menambah ketahanan tumbuhan dari serangan serangga dan penyakit
  • Memusnahkan serangga pemusnah dan makhluk perosak
  • Menghentikan proses pengaratan logam lantas mengurangkan kos penyelenggaraan mesin
  • Alam sekitar terpelihara

Aplikasi Kepada Penternakan

  • Mengurangkan bau busuk dalam kandang ternakan dan kolah kumbahan
  • Mengurangkan lalat, kutu dan serangga lain yang merbahaya
  • Meningkatkan kesihatan haiwan ternakan
  • Mengurangkan tekanan pada haiwan
  • Meningkatkan ketahanan kepada penyakit
  • Meningkatkan kualiti produk ternakan
  • Memanjangkan hayat dipasaran
  • Memperbaiki kesuburan
  • EM apabila dijadikan makanan haiwan akan menghasilkan najis yang berkualiti
  • Mengurangkan penggunaan ubatan, antibiotik dan penyah kuman dalam ladang ternakan
  • Mengurangkan stress/tekanan kepada haiwan ternakan, pekerja dan penduduk sekitar

Aplikasi Kepada Akuakultur

  • Mengurangkan pengeluaran kos modal sehingga 50%
  • Memudahkan kultur tanpa menggunakan bahan kimia
  • Udang/ikan lebih segar dan kulit lebih segar
  • Menyah amonia, methane dan hydrogen sulfite
  • Bebas dari penyakit dan mengurangkan kos antibiotik
  • Air menjadi bersih
  • Dapat menjual hasil dengan lebih tinggi (hasil berkualiti)
  • Mengurangkan kekerapan penukaran air
  • Tiada bau lumpur
  • Kurangkan bau hanyir
  • Rasa lebih sedap
  • Memelihara alam sekitar

bukan apa,aku ada gak e.m tu.kot lah kalau ada sesiapa nak order. banyak gak aku buat. aku buat dalam tong biru.biasanya aku sendiri pakai untuk tanaman aku. tapi kalau ada sesiapa nak beli bagitau lah. order je dengan aku.mesej atau email pun ok.






 ini e.m 4. bukan ibu em ye. biasanya ibu e.m orang tak jual. em4 ni kena dialute kan lagi dengan kadar 5ml e.m/1 liter air. tapi kena guna air suling atau air tapis. takleh guna air paip. banyak klorin..hehe.

harga

1. 500 ml / rm 15.00
2. 1 liter / rm 25.00
3. 5 liter / rm 100
5. 100 liter /rm 2000.


kadar bancuhan e.m :

5 ml e.m / 1 liter air tapis.

rock melon: proses pencambahan benih sebelum menyemai.

1. sebelum menyemai benih,biasanya apa yang saya buat ialah mencambahkan biji benih tersebut. untuk elakkan pembaziran semasa menyemai nanti,kalau dah buat proses pencambahan ni paling tidak kita dapat lihat benih mana yang betul-betul bercambah dan boleh terus menyemai.

2. ada jugak yang terus menyemai dalam tray 104 lubang tu. boleh jugak,takder masalah tapi lambat lah sikit bercambah dan ada kemungkinan benih yang kita semai tadi tak bercambah 100%.  mungkin masa kita menyemai tu,kita siram terlalu basah.jadi ada benih yang busuk.

3. cara yang saya gunakan ialah mencambahkan benih guna tuala basah. biasanya guna tuala good morning. kalau pakai tuala good bye,memang tak jadilah.apa lagi tuala wanita.hehe.



contoh benih rock melon.


4.okey,mula-mula kita rendam semua biji benih tadi kedalam bekas. tak kisah lah bekas apa,dalam jag pun ok.



 biarkan selama sejam. proses ni membantu mempercepatkan lagi biji benih tu bercambah.




 rendamkan tuala. takyah lama-lama,cuma nak basahkan aje.





. dah rendam biji benih tadi,letakkan dia atas tuala yang dibasahkan tadi. susun lah elok-elok.



. lepas tu tutupkan biji benih tadi. simpan kat tempat gelap dan biarkan tuala dalam keadaan lembap. dalam tempoh 24 jam,cubalah tengok ada bercambah atau tidak. kalau tak,biarkan lagi sehari. tapi pastikan tuala tu lembap,jangan kering pulak.kalau dah start kering,renjis-renjis la tuala tu bagi basah sikit.



set penjagaan tanaman.



pati baja organik
pati baja organik + e.m ( bakteria berfaedah) untuk dijual. bertindak sebagai baja tambahan dan sebagai foliar untuk pokok,daun dan batang pokok membesar. sesuai untuk semua jenis tanaman dan boleh juga dujadikan sebagai baja siraman. untuk di sembur pada daun pokok pun boleh. E.m pula banyak kebaikan kepada tumbuhan,dan mempercepatkan pembesaran akar,pokok dan buah seterusnya memberi kekuatan kepada tanaman untuk melawan penyakit.
250ml - rm10.00
 
 
 

semburan baja penggalak bunga
 
produk ini menggalakkan pertumbuhan bunga,sesuai untuk pokok-pokok hiasan di laman anda.menggunakan formula khas untuk meningkatkan aktiviti bunga.sesuai untuk pokok bunga dan tanaman lain.

500ml/ rm12.50





 
penghalau serangga organik
 
produk ini dapat menghalau serangga dan menyuburkan tanaman tanpa membahayakan tanaman,haiwan dan juga kepada manusia.ia juga sesuai untuk dijadikan baja semburan pada tanaman dan siraman terus ke pangkal pokok. Sesuai juga digunakan untuk semua jenis tanaman seperti tanaman hiasan (berbunga mahupun tidak), pokok buah-buahan, sayur-sayuran malah juga padi.Mengandungi Organic Bio Stimulants termasuk Humic Asid dan Seaweed Extract yang tinggi
 
500ml/ rm12.50
 
 
 

Wednesday, January 18, 2012

jadual tanaman bulan januari 2012.

tomato ceri

variety : full house.
ciri-ciri. : berbentuk bujur,rasa manis.

tarikh semai : 4/1/2012
tarikh pindah : 25/1/2012
tarikh harvest : 10/3/2012.

bilangan pokok. : 1400 pokok.
target pengeluaran : 100 kilo seminggu.

harga : rm 6/kg




rock melon

variety : glamour
ciri-ciri : isi oren,kulit hijau berjaring,brix 12-15.

tarikh semai : 14/1/2012
tarikh pindah: 24/1/2012
harvest         : 26/3/2012

bilangan pokok : 1000
harga : rm 4.50/kg


projek tanaman 2012 : tomato ceri

untuk tahun 2012,pihak kami akan menanam tomato ceri variety fullhouse sebanyak 3000 pokok.dengan anggaran 200 kilo seminggu pengeluaran,dialu-alukan kepada pemborong-pemborong dan para peniaga yang berminat untuk mendapatkan bekalan tomato ceri.ladang kami juga telah mendapat sijil SALM daripada jabatan pertanian malaysia,dan menggunakan tanaman kaedah fertigasi.

tomato ceri variety full house,berbentuk bujur dan rasa yang agak manis.






sebanyak 1500 pokok telah siap disemai dan sedia untuk dipindahkan keladang pada 25/1/2012. target pengeluaran mampu menghasilkan 100 kilo seminggu. hasil pertama dijangka keluar pada 10/3/2012 dan berterusan sehingga 8 bulan. pihak kami juga bercadang untuk menanam sebanyak 1500 pokok lagi.insyaallah kalau tiada apa halangan.

kepada pemborong-pemborong yang berminat boleh hubungi saya atau emel kepada saya.kalau anda ada cadangan contohnya anda memerlukan produk lain mcm sayur-sayur lain,bolehlah bincangkan.mana tau kalau ada market daripada anda,saya boleh tanam akan datang.


Monday, January 16, 2012

majlis penganugerahan sijil Salm

alhamdulillah,akhirnya pada tarikh 22 disember 2011,bertempat di bangi.kebun hafiz telah berjaya mendapat sijil Salm untuk tempoh sehingga 2013 bagi tanaman tomato ceri dan rock melon. proses mendapatkan sijil salm ini mengambil masa lebih kurang setahun,terima kasih kepada pegawai-pegawai dan pemantau yang memberi komitmen dan membantu peserta.

SALM ialah satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan.

Skim ini berpandukan kepada Standard Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan berdasarkan kepada Malaysian Standard MS1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice (GAP).

Elemen-elemen pensijilan SALM :
  1. Kebolehkesanan
  2. Penyimpanan Rekod Dan Audit Dalam
  3. Bahan Tanaman
  4. Sejarah Dan Pengurusan Tapak
  5. Pengurusan Tanah Dan Media
  6. Pengurusan Baja
  7. Pengairan Dan Fertigasi
  8. Perlindungan Tanaman
  9. Penuaian
  10. Rawatan Pascatuai
  11. Analisis Hasil
  12. Pengurusan Sisa Ladang
  13. Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja
  14. Pengurusan Alam Sekitar
  15. Rekod Aduan
  16. Perundangan

sapa yang dapat sijil Salm ni boleh dapat harga yang tinggi untuk pasaran?




antara peserta yang mendapat sijil Salm/som


peserta dari negeri selangor


Monday, January 9, 2012

rancangan tanaman rock melon autoport 2012

tapak sudah dibersihkan,sekarang saya bercadang untuk memulakan projek tanaman rock melon menggunakan sistem autoport. sebelum ni,kita gunakan autoport tanpa menggunakan media tanaman,hanya air semata-mata. jadilah seperti penanaman hidroponik dalam skala besar. ( semuanya ada 2700 autoport). walaumacamana pun berlaku sedikit masalah bila cuaca terlalu panas,akar yang memenuhi ruang autoport akan layu dan melemahkan pokok.tapi yang bagusnya kadar penyerapan baja memang baik.

selepas tamat musim,kita ubah sistem autoport tersebut dengan menggunakan cocopeat sebagai media tnaman. cocopeat dimasukkan kedalam polibeg,dan dimasukkan kedalam autoport. jadi macam autoport fertigasi lah plak.dengan tujuan supaya akar pokok tak layu bila cuaca panas. hasilnya kurang memuaskan sebab ph tinggi dan kadar serapan baja tak sekata.



jadi untuk kali ini.kita akan gunakan sistem asal autoport yang menggunakan batu bata yang dipecahkan sebagai media tanaman. setiap autoport memerluka lebih kurang satu batu setengah,dipecahkan kecik2 dan dimasukkan kedalam autoport. sebelum ni masa pakai bata mcm tak ada masalah sangat,walau macamanapun,kita tgklah perkembangan pokok melon ni bila menggunakan sistem yang asal. sistem cerita lain,soal kawalan penyakit dan serangga pun isu yang lain. kadang-kadang tough jugak untuk tanam rock melon,mnacam biasalah penyakit pokok melon ni macam thrip,white fly dan lain-lain.



                                                            rock melon autoport
                                                          


tapak disiapkan